Majlis Pentaulihan Relasis Sabah 2025 & Program Ramah Mesra Warga RELA & Masyarakat Tuaran Sabah

November 8, 2025

TUARAN, 8 November 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan RELASIS Sabah 2025 dan Program Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama Warga RELA dan Masyarakat Tuaran, Sabah, yang berlangsung di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah.

Semangat kesukarelawanan dan perpaduan terus disemarakkan melalui Majlis Pentauliahan RELASIS Sabah 2025 yang disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri, turut disaksikan oleh YBrs. TKPjR Mahather bin Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA.

Selain Ybhg Datin Seri Hamisah Hussin isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri ( KDN ) turut sama ialah wakil wakil Ketia Jabatan dan Agensi KDN Sabah.

Kehadiran mereka menyerikan majlis dalam suasana penuh mesra dan harmoni, sekali gus meraikan warga RELASIS serta anggota RELA yang komited menabur bakti kepada masyarakat.

Penubuhan RELASIS bertujuan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berjiwa patriotik dan peka terhadap keselamatan komuniti. Inisiatif ini menjadi pelantar penting bagi pelajar institusi pengajian tinggi menyalurkan semangat kesukarelawanan serta membentuk jati diri kepimpinan yang seimbang, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan dan penyerahan sumbangan bakul makanan kepada masyarakat setempat, mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan antara kepimpinan kementerian dengan rakyat. YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa menyantuni masyarakat dan anggota RELA, menzahirkan penghargaan atas dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Program ini menjunjung tinggi nilai-nilai Malaysia MADANI, khususnya keprihatinan, kesejahteraan dan kebersamaan, yang menjadi tunjang kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional serta pembinaan masyarakat berdaya tahan dan harmoni.

#RancakkanMADANI
#KDNReformasiMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#KDNYakinMADANI

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help