Majlis Penghargaan Atas Pencapaian Cemerlang Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024

May 29, 2024

PUTRAJAYA, 29 Mei 2024 -Satu majlis penghargaan atas pencapaian cemerlang anggota polis Konstabel Muhammad Shahalril Aiman bin Halim dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 telah diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Beliau telah mengungguli kejohanan tersebut dengan memenangi pingat emas bagi kategori Regu Piala Dunia 2024 dan pingat perak bagi kategori Berpasukan Regu Piala Dunia 2024.

Dalam majlis ini, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan sijil serta cenderamata tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang beliau sambil disaksikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha KDN dan YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara di samping pengurusan tertinggi KDN dan ketua-ketua jabatan/agensi bawahnya. Bersama hadir ialah Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#KementerianDalamNegeri
#kdnmadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help