Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni & Iftar KDN Di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong
(Sebahagian daripada petikan ucapan saya di majlis ini)
KDN BERSETUJU PADA DASARNYA MEMBINA IMIGRESEN, KASTAM KUARANTIN & SECURITY ( ICQC ) BUKIT BERAPIT PENGKALAN HULU, PERAK PADA RMK 13 – 2025.
KAWALAN SEMPADAN NEGARA
Sempadan negara penting untuk dijaga dan dikawal. Kerana itu fokus kepada kawalan sempadan negara juga diberikan perhatian kerana ia menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara. Sempadan negara bukan semata-mata sebagai penanda kawasan dan penguasaan sebuah negara malah yang paling penting ialah sebagai penampan dari sebarang ancaman luar dari memasuki negara. Justeru, aspek sempadan tidak akan dipandang enteng.
Diantara usaha untuk memperkasa kawalan sempadan negara termasuklah pembinaan pos-pos kawalan PGA. Pembinaan pos kawalan baharu ini akan meningkatkan ” omnipresent” anggota penguatkuasaan dan menangani pembolosan di kawasan berisiko tinggi di kawasan sempadan.
Dalam pada itu KDN, menyedari isu dan masalah sempadan negara di Pengkalan Hulu Negeri Perak iaitu yang bersempadan dengan Betong Thailand.
KDN juga secara dasarnya telah bersetuju untuk pembinaan baharu Imigresen Kastam Kuarantin & Security (ICQS) Bukit Berapit Pengkalan Hulu Perak, di lokasi baharu yang berhampiran dengan pintu masuk antarabangsa berbanding lokasi sekarang.
Cadangan projek ini akan dimasukkan di dalam permohonan bajet bagi Rancangan Malaysia ke-13 kelak iaitu pada tahun 2025 walau bagaimanapun kerja-kerja penyediaan dokumen dan skop akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan kerja-kerja fizikal dapat dilaksanakan terus setelah peruntukan diluluskan Kerajaan.
Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri KDN pada 11 April 2023 lalu.
Bagi pelaksanaan inisiatif jangka masa pendek, Sekatan Jalan Raya PDRM sedia ada akan dibawa kehadapan berhampiran Pintu Masuk Antrabangsa dengan tambahan infrastruktur bagi tujuan kebajikan dan keselesaan anggota bertugas.
KDN juga sedang menyediakan satu garis panduan untuk dasar pembinaan baharu ICQS di semua pintu masuk negara agar lebih seragam dalam usaha memperkasakan kawalan sempadan dan pintu masuk negara.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)