Majlis Penandatanganan MoU Antara JPN Dengan LPPKN

October 31, 2025

MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) DENGAN LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2025 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memperkukuh kerjasama dalam pengurusan krisis perkahwinan bukan Islam di Malaysia.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Hadir sama YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JPN, YBrs. Encik Abdul Halim Othman, YBrs. Dr. Siti Mariah Mahmud, Ketua Pengarah LPPKN, Timbalan Ketua Pengarah (Pendaftaran) JPN, serta pegawai kanan dari KDN dan KPWKM.

Kerjasama ini membolehkan pelaksanaan Projek Rintis Badan Pendamai LPPKN diperluas — satu inisiatif inovatif yang menggabungkan kaunseling, intervensi dan perundangan bagi membantu pasangan mencari jalan damai sebelum kes difailkan di mahkamah.

Setakat ini, 13 daripada 83 pasangan yang menerima bimbingan berjaya didamaikan — peningkatan besar hasil kolaborasi strategik antara dua kementerian. Langkah ini membuktikan bahawa JPN bukan sekadar mengurus pendaftaran, tetapi turut komited memperkukuh institusi kekeluargaan dan kesejahteraan rakyat, seiring semangat Malaysia MADANI.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#kdnmadani
#KementerianDalamNegeri
#MADANIbekerja
#MalaysiaMADANI

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help