Majlis Pembukaan Rasmi 17th AMMTC
Majlis pembukaan rasmi THE SEVENTEENTH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON TRANSNATIONAL CRIME.
LABUAN BAJO – Majlis Pembukaan bagi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Hotel Meruorah, Labuan Bajo, Indonesia. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN.
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YDH Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), KDN.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani
Pembukaan rasmi AMMTC ini telah disempurnakan oleh YDH Presiden Indonesia. Ucapan beliau disiarkan melalui Video kerana Presiden Indonesia ketika ini berada di Afrika dalam lawatan rasminya ke negara berkenaan.