Majlis Pelancongan Lenggong Sertai Pameran Antarabangsa IFTM Paris 2026

September 16, 2026

PARIS – Majlis Pelancongan Lenggong telah menyertai International & French Travel Market (IFTM) 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 17 September 2026 di Paris Porte de Versailles, Hall 1, Perancis.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa penyertaan tersebut adalah hasil peluang yang diberikan oleh Tourism Malaysia melalui Tourism Malaysia (Paris). Beliau menyifatkan penyertaan ini sebagai peluang terbaik kepada Majlis Pelancongan Lenggong bagi memperkenalkan Lenggong sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia di pentas antarabangsa.

IFTM Paris, juga dikenali sebagai IFTM Top Resa, merupakan salah satu pameran perdagangan antarabangsa (B2B) terulung dalam industri pelancongan dan pelancongan perniagaan yang diadakan setiap tahun di ibu kota Perancis. Pameran ini menjadi platform utama pertemuan profesional industri pelancongan dari seluruh dunia, merangkumi syarikat penerbangan, tour operator, travel agency, pengendali pelancongan, pengusaha hotel, resort, cruise serta penyedia penginapan. Ia turut menyediakan ruang strategik untuk membina kerjasama dan menjalin rangkaian baharu menerusi sesi business meetings antara exhibitor dan pembeli.

Tema edisi 2026 ialah “The Value of Travel – Together Let’s Reveal What Creates Impact”, yang memberi tumpuan kepada nilai ekonomi, sosial, kemanusiaan serta kelestarian dalam industri pelancongan global. Uzbekistan telah dipilih sebagai Country of Honour bagi edisi tahun ini. Secara keseluruhan, pameran edisi kali ini melibatkan penyertaan 177 destinasi, 1,650 jenama, 16,725 sesi business meeting serta kehadiran 32,022 profesional pelancongan. Para pengunjung terdiri daripada travel agents, travel managers, tourism boards, tour operators, pengusaha hotel dan penginapan, sektor pengangkutan, IT dan teknologi serta pemain industri MICE.

Menerusi penyertaan dalam pameran berprestij ini, Majlis Pelancongan Lenggong berpeluang mempelajari serta menimba pengalaman berkaitan teknologi, startup dan inovasi terkini dalam industri pelancongan, khususnya trend semasa yang berpotensi diaplikasikan bagi memajukan sektor pelancongan di Lenggong. Penyertaan ini amat bermakna memandangkan Lenggong memiliki dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO (2012) dan UNESCO Global Geopark (2026), menjadikannya satu-satunya destinasi di Semenanjung Malaysia yang menikmati pengiktirafan sedemikian.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help