Majlis Pelancongan Lenggong Sertai IFTM Top Resa Di Paris

August 7, 2026

LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengetuai perbincangan antara Majlis Pelancongan Lenggong bersama Tourism Perak bagi mendapatkan pandangan serta sokongan menjelang penyertaan Majlis Pelancongan Lenggong di International French Travel Market (IFTM) Top Resa di Paris, Perancis pada 15 hingga 17 September 2026.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, penyertaan di pameran yang akan berlangsung di Porte de Versailles Exhibition Centre, Paris itu adalah atas jemputan Tourism Paris, Perancis.

“Ini ruang dan peluang terbaik untuk Majlis Pelancongan Lenggong membawa jenama Lenggong di peringkat antarabangsa kerana pelbagai pihak terutama pengiat industri pelancongan seluruh dunia terlibat dalam pameran ini,” katanya.

Beliau menegaskan, pengiktirafan “Double Crown UNESCO” yang dimiliki Lenggong iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 dan Lenggong UNESCO Global Geopark yang diterima secara rasmi pada 28 April 2026 di ibu pejabat UNESCO, Paris akan terus dipromosikan secara aktif ke peringkat antarabangsa.

Lenggong merupakan satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang memiliki dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO, menjadikannya aset pelancongan warisan yang amat bernilai.

“Janji untuk mengekalkan nama Lenggong di peringkat antarabangsa akan terus saya lakukan demi kebaikan bersama,” katanya.

Penyertaan di IFTM Top Resa ini dilihat sebagai platform strategik yang mampu meningkatkan keterlihatan Lenggong dalam kalangan pengiat industri pelancongan global serta membuka peluang kerjasama baharu dengan pihak antarabangsa.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help