Majlis Pelancaran Jentera Penerangan Barisan Nasional Bukit Gantang

January 8, 2022

Jentera Komunikasi dan Penerangan sangat penting bagi sebuah parti politik. Segala agenda, ideologi dan perjuangan parti hanya mampu disampaikan kepada ahli dan rakyat dengan baik sekiranya jentera komunikasi dan penerangan dapat memainkan peranan dengan berkesan dan baik.

Kerana itu kekuatan parti sangat bergantung kepada kekuatan jentera komunikasi dan penerangannya.

Apatah lagi keadaan kini lebih mencabar. Cabaran tidak sebagaimana dahulu. Justeru, pendekatan dan strategi jentera komunikasi dan penerangan mesti disesuaikan dengan perubahan yang berlaku. Sekiranya jentera penting ini masih menggunakan pendekatan lama, kita bimbang kita akan tewas dengan perubahan yang sedang berlaku.

Lebih penting, sebagai jentera penting parti. Jentera komunikasi dan penerangan mestilah dengan seiring dengan parti. Kita adalah jurubicara dan jurucakap parti.

Maklumat yang Keluar dari kita adalah maklumat parti. Kerana itu, jentera komunikasi mesti punyai maklumat yang tepat untuk disampaikan kepada orang lain.

Hari ini saya diberikan penghormatan Menyempurnakan Pelancaran Jentera Penerangan Barisan Nasional Bahagian Bukit Gantang. Saya ucapkan tahniah dan syabas kerana BN Bukit Gantang mendahului dalam perkara ini.

Hadir Bersama YB Dato’Haji Zolkafli Bin Haji Harun Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak.

Pastinya yang menjayakan Pelancaran ini ialah YB Mohd Kamarudin Bin Abu Bakar Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, YB Ahmad Saidi Bin Hj Mohamad Daud Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang sebagai tenaga utama Pelancaran ini, YB Jamilah Bt Zakaria AJK UMNO Bahagian Bukit Gantang dan Barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Bersama juga ialah Ketua MCA Bukit Gantang, Ketua Bahagian MIC Bukit Gantang dan pimpinan FOBN Parlimen Bukit Gantang.

Tahniah dan syabas.
Semoga Bukit Gantang Kekal milik BN.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help