Majlis Mesra Rakyat Sempena Jamuan Aidilfitri Lenggong 2024

May 4, 2024

Majlis MESRA RAKYAT sempena JAMUAN AIDILFITRI Lenggong 2024 disambut meriah di Lenggong. Sambutan yang telah diadakan sejak 2008 masuk kali ke 16 diadakan oleh YB Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri ( KDN ). dan isteri Ybhg Datin Seri Hamisah bt Hussin.

Sambutan ini seperti biasa dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad Menteri Besar.

Kehadiran YAB Menteri Besar Perak dan isterinya diiringi lebih 1200 buah motosikal daripada Kelab Motosikal Sayangi Lenggong.

Turut bersama dalam sambutan yang dihadiri lebih 20,000 orang ramai ialah Tuan YangTerutama Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz Duta Besar Malaysia ke Amarika Syarikat.

Turut hadir YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) Pengarah KEMAS Malaysia, Pegawai Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ybhg Dato’ Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Ybhg Toh Shah Bandarhulu Dato’ Tarmizi Haji Idris, Pegawai Daerah Dan Pegawai Pejabat Daerah Hulu Perak, serta Ketua Penolong dan Pegawai Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong.

Kemeriahan majlis diserikan Karakter animasi popular, Upin & Ipin yang telah menjadi identiti kepada sambutan ini dimana setiap tahun menyerikan majlis ini.

Pimpinan UMNO Bahagian Lenggong disemua peringkat hadir bersama rakyat dalam majlis ini. Majlis sambutan ini diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 3 jam petang di Dataran Kota Tampan Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help