Majlis Mesra & Dialog Bersama Mahasiswa Perak Di Universiti Utara Malaysia & Universiti Malaysia Perlis

July 22, 2022

Saya hadir sebagai tetamu di MAJLIS RAMAH MESRA PEJABAT MENTERI BESAR PERAK BERSAMA MAHASISWA PERAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA & UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS pada 22 Julai 2022 jam 08.00 malam di Dewan Serbaguna SAC UUM

Hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha B.Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM, YBrs. Dr. Kamarul Azman Bin Khamis Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM dan ramai pegawai pegawai UUM dan UniMAP termasuk pimpinan Puteri UMNO Perak.

Program yang susun oleh Ketua Puteri UMNO Perak telah memgumpulkan lebih 200 tetamu dan Pelajar Perak daripada UUM dan UniMap hadir bersama Pegawai-Pegawai HEP UUM dan UniMAP.

Dalam majlis ini selain Dialog saya menyampaikan ucapan dan memberikan pelbagai maklumat terutama memberikan pemahaman berkaitan Perak Sejastera 2020 Kerajaan Negeri Perak yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perak.

Sebagai mahasiswa peranan sangat diperlukan bagi bersama membangunkan negeri Perak. Perak berpotensi besar menjadi negeri yang maju kerana lokasinya sangat strategik, kelebihan sumber yang ada dengan pelbagai kelebihan lain termasuk memiliki pelbagai kelebihan lain. Kerana itu beberapa Agenda besar digariskan dalam Perak Sejastera 2030 antaranya Keselamatan Makanan, membangunkan Ekonomi Digital, Sumber Asli yang banyak dan pastinya ikrar melaksanakan takbir urus yang baik dan diyakini.

Sebagai rakyat Perak terutama mahasiswa kita mesti bersama Kerajaan Perak menjayakan Perak Sejastera 2030.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help