Majlis Menandatangani Kontrak KDN Sempena Pameran Defence Services Asia 2024 & National Security Asia 2024

May 8, 2024

KUALA LUMPUR – Majlis Menandatangani Kontrak KDN bersama dengan Industri telah berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sempena Pameran DSA 2024 dan NATSEC 2024, hari ini.

Kontrak telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBrs. Encik Badrul Hisham bin Alias, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

KDN telah menandatangani 14 kontrak bersama dengan syarikat tempatan. Antara kontrak berimpak tinggi yang ditandatangani termasuklah perolehan Kapal Pengangkut Kelas Policetransport Vessel Pelbagai Kegunaan sebagai pengangkut barang, Kapal Induk (Mother Ship) dan Latihan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perolehan empat buah helikopter Medium Lift bagi APMM.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), YBhg. Dato’ Sri Hazani bin Ghazali, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA).

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#KementerianDalamNegeri
#DSANATSEC2024

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help