Majlis Makan Malam Geofest 2026 Di Ipoh
IPOH – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri Majlis Makan Malam The 7th Geotourism Festival & International Conference 2026 (Geofest 2026) yang diadakan di Impiana Hotel, Ipoh, Perak pada 21 Julai 2026.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Geofest 2026 yang berlangsung dari 21 hingga 24 Julai merupakan fasa ketiga persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Lenggong UNESCO Global Geopark dengan tema “Where Earth’s History and Indigenous Wisdom Intertwine”, memfokuskan kepada jejak diaspora abu Toba serta pemerkasaan komuniti Orang Asli.
Persidangan ini menghimpunkan pakar UNESCO Global Geopark, pemimpin komuniti Orang Asli, ahli akademik, pemain industri pelancongan serta pelajar dari dalam dan luar negara bagi membincangkan pembangunan geopelancongan lestari, pemuliharaan geologi, dan pemerkasaan komuniti setempat.
Geofest 2026 merupakan acara pelbagai wilayah yang turut melibatkan Raja Ampat UNESCO Global Geopark di Indonesia dan Kaldera Toba UNESCO Global Geopark sebelum berakhir di Lenggong, Perak.

