Majlis Korban Perdana Parlimen Lenggong
Memasuki siri ke 13 tahun, KORBAN PERDANA Parlimen Lenggong diadakan. Ini merupakan program tradisi yang dianjurkan oleh saya dengan melibatkan pelbagai pihak ; Penduduk Kampong, Jabatan Kerajaan dan pelbagai pihak yang lain. Sebanyak 30 ekor lembu dikorbankan pada hari ini dan melibatkan kumpulan:
UMNO BAHAGIAN LENGGONG
1. Jawatankuasa UMNO
2. Wanita UMNO Bahagian Lenggong
3. Pemuda UMNO Bahagian Lenggong
4. Puteri UMNO Bahagian Lenggong
ZON UMNO BAHAGIAN
1. Zon Kenderong
2. Zon Air Panas
3. Zon RPS Dala
4. Zon Kenayat
5. Zon Lawin
6. Zon Malau
7. Zon Air Bah
8. Zon Gua Badak
9. Zon Gelok
10. Zon Bukit Balai
11. Zon Banggol Batu
12. Zon Luat
13. Zon Pipit
KUMPUKAN JABATAN KERAJAAN
1. Pejabat Daerah Gerik
2. Majlis Faerah Gerik
3. Rela Daerah Gerik
4. Polis Daerah Gerik
5. Bomba Daerah Gerik
6. Kemas Parlimen Lenggong
7. Veterinar Hulu Perak
8. Kesihatan Daerah Gerik
9. Penghulu Mukim Parlimen Lenggong
LAIN LAIN KUMPULAN
1. Kakitangan Pusat Khidmat MP Lenggong
2. Kakitangan DSAN di Kuala Lumpur
3. Kakitangan Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN)
4. Persatuan Vateran Tentera Malaysia (Cawangan Kenering)
Selain saya sendiri hadir, turut bersama ialah YAB Menteri Besar Perak. Beliau hadir seterusnya menyampaikan ucapan dan menyerahkan daging korban kepada wakil wakil kumpulan untuk diedarkan kepada orang ramai. Hadir juga ialah YDH Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Penolong Pegawai Daerah Hulu Perak ( Tanah ) Ketua Polis Daerah Gerik, dan ramai lagi.
Saya ucapkan terima kasih kepada Urusetia yang mengendalikan Program KORBAN PERDANA Parlimen Lenggong yabg diketuai oleh Ahmad Solihin Abdul Majid, Penghulu Mukim Kenering dan staf Pusat Khidmat MP Lenggong dan semua yang terlibat.
Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang sedekahkan lembu untuk dilorbankan. Kepada mereka yang tidak mahu nama disebut saya doakan agar diberikan pahala oleh Allah dan dimurahkan rezeki serta dilanjutkan usia.
Semoa program ini dapat menyatukan kita semua. Amin.