Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Raub, Pahang Berlangsung Meriah
RAUB – Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Raub, Pahang telah berlangsung dengan meriah pada 13 April 2026 di Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Raub, Pahang. Penganjuran majlis dalam suasana penuh muhibah itu turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim sempena sambutan Aidilfitri.
YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah turut hadir memeriahkan majlis berkenaan selepas selesai merasmikan Persidangan Serentak Cawangan UMNO Bahagian Raub, Pahang. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan dalam menyantuni kepimpinan akar umbi serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga parti.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Raub Pahang bersama barisan pimpinan UMNO Bahagian Raub, selain Ketua-ketua Jabatan dan Agensi yang hadir bagi memeriahkan program.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Raub Pahang serta seluruh pimpinan atas penganjuran majlis yang teratur dan bermakna. Beliau turut menghargai kehadiran serta komitmen Ketua-ketua Jabatan dan Agensi yang menunjukkan semangat kerjasama dalam menjayakan majlis berkenaan.

