Majlis Doa Selamat & Penyerahan Cek Masjid Kg Kuala Kenderong Gerik
Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana hajat penduduk Kg Kuala Kenderong Gerik untuk mendapatkan sebuah masjid tercapai sudah. Hari ini saya hadir bersama YB ADUN Kenering, Ketua Polis Gerik, Penghulu Mukim Gerik dan Kepimpinan Kg Kuala Kenderong Gerik.
Insyallah, bila siap pembinaannya ia akan memberikan kemudahan kepada penduduk Kg Kuala Kenderong, Kg Padang, Kg Pulai Belayar, Kg Jagor, Kg Tanjung Jerai, serta sekitarnya untuk beribadah di masjid ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yayasan Albukhary kerana menderma pembinaan Masjid Kg Kuala Kenderong, Gerik. Semoga Allah memberikan ganjaran kepadanya.
Semoga Allah limpahkan pahala kepada Allahyarham Tuan Hj Wan Mohd Nor bin Wan Din dan keluarganya kerana mewakafkan sebidang tanah untuk dirikan masjid ini. Hari ini majlis ini diwakili oleh Pn Hj Rokiah Mustafa
Hari ini saya menyerahkan cek sumbangan kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg Kuala Kenderong Gerik. Insyallah pembinaan akan dimula tidak lama lagi.
#geopark #pelancongan #teamDSAN #UMNOOnline #malaysia #SayangiLenggong