Majlis Doa Selamat & Kesyukuran Masjid Daerah Lenggong

October 23, 2022

Pembinaan Masjid ini akan menjadi mercu tanda baru Lenggong dimana ia akan menjadi Masjid utama di Lenggong sebagai Masjid Daerah Lenggong.

Pembinaan Masjid ini di kendalikan oleh sebuah jawatankuasa pembinaan yang di pengerusikan oleh saya bersama bersama Ahli Jawatankuasa terdiri daripada beberapa pihak iaitu Pejabat Agama Lemggong, PDT Lenggong, YDP Majlis Daerah Lenggong, Penghulu Mukim, dan beberapa yang lain.

Warga Lenggong amat bersyukur pembinaan masjid ini yang nilai keseluruhan termasuk pengambilan tanah lebih kurang RM14 Juta.

Untuk makluman, masjid ini akan dilengkapi selain ruang solah dalam dan luar boleh memuatkan jemaah lebih 1500 orang, masjid 2 tingkat ini lengkap dengan Dewan Utama di tingkat bawah yang boleh menampung sekitar 300 tetamu untuk pelbagai acara, Bilik IT, Perpustakaan, Ruang dan Kios Perniagaan, Bilik Mesyuarat dan sebuah Taman Awam.

Hari ini kita adakan Majlis Doa Selamat & Tahlil kerana Masjid Daerah Lenggong akan memulakan pembinaan pada bulan ini dan dijangka siap pada 2024 akan datang.

Selain Masjid Daerah Lenggong , juga sedang dibina ketika ini ialah Surau Taman Kota Tampan (dijangka siapa Disember 2022), Masjid Kg Luat Lenggong (dijangka siapa Mac 2022) dan Masjid Kuala Kenderong Gerik (Dijangka siapa 2023) dan Masjid Kg Gua Badak Lenggong (naik tarag).

Pastinya kita ucapan kita ucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak atas sokongan kuat beliau yang memudahkan segala urusan pembinaan ini.

Bagi pihak Pengerusi & Jawatankuasa Pembinaan Masjid Daerah Lenggong, saya ucap berbanyak terima kasih kepada Penduduk dan JKuasa Surau Batu Dinding atas persetujuan serta kerjasama mereka.

Dan untuk maklumat surau kos pampasan Surau Kg Batu Dinding Lenggong digunakan untuk pembinaan Surau SMK Dato Ahmad Lenggong (sedang dalam pembinaan) Semoga pahala sedekah penduduk berpanjangan dan surau akan digunakan oleh para pelajar SMK Dato Ahmad Lenggong.

Semoga Allah berkati usaha kita ini.

Hari ini kita memgadakan tahlil dan doa selamat bagi memulakan kerja kerja Pembinaan Masjid Daerah Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help