Majlis Bersama Rakyat Pulau Gaya Dun Tanjung Aru Sabah

September 14, 2020

#RADUTATAPRADU

Hanya satu sahaja pilihan yang ada kepada UMNO BN pada kali ini, iaitu mencipta kemenangan. Kalau UMNO BN gagal di PRN ini, ia menyukarkan perjuangan UMNO BN dimasa depan.

Dari itu kita mesti manfaatkan peluang yang ada. Kerana apa yang kita inginkan selama ini untuk kembali mengambil alih Negeri Sabah sudah tiba. Kita mesti bersama melakukannya.

Namun, ianya tidak mudah kalau kita tidak bekerja kuat kerana tiada jalan mudah untuk mencipta kemenangan kali ini.

Apatah lagi politik di Sabah kini sangat dinamik. Landskapnya berubah begitu ketara. UMNO BN mesti menyesuaikan pendekatannya seiring dengan perubahan ini. Jika tidak, kita akan jauh tinggal dibelakang.

Justeru, kita mesti bijaksana dalam semua keadaan. Pendekatan dan cara baru yang luar dari kebiasaan mesti dillakukan oleh kita disemua peringkat.

Dan kita juga mesti menerima realiti baru politik ketika ini terutama kerjasama BN dengan PN.

Kita mesti ketepikan segala perkara yang boleh menghalang kemenangan kita. Tumpuan sepenuhnya semua kepimpinan pelbagai peringkat dalam tempoh ini sehingga 26 September 2020 ini mesti kearah kemenangan parti.

Saya yakin kita mampu menang jika kita bersama melakukannya. Namun kita mesti berusaha yakinkan rakyat agar bersama dan menyokong kita.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Pengarah Komunikasi BN

#UBAHBALIK
#umnobn
#mn #lenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help