Majlis Berbuka Puasa Persatuan & Pertubuhan Belia Dalam Parlimen Lenggong
“Pemimpin muda penting kepada negara. Jika dulu sering disebut pemuda pemimpin masa depan. Namun keadaan sudah berubah kerana golongan muda yang berkemampuan mesti diberikan peluang sekarang.”
Gerakan belia sudah sebati dengan saya. Saya memimpin pertubuhan belia seawal usia 18 tahun di Kampung Luat Lenggong hinggalah saya menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia. Saya juga menghabiskan Pengajian Master dan PHd saya dengan membuat tesis berkaitan Belia Malaysia.
Hari ini saya meraikan pemimpin 14 pertubuhan belia dalam Kawasan Parlimen Lenggong. Bersama dalam Majlis ini ialah Pengawai Belia Sukan Lenggong, Pegawai Belia Sukan Gerik dan Ketua Ketua Jabatan di Lenggong.
Saya meluluskan peruntukan untuk kegiatan sebanyak RM25,000 untuk kegiatan belia dalam Kawasan Parlimen Lenggong.