Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

March 23, 2024

Majlis Berbuka Puasa Madani disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Kuantan.

Majlis dimulakan dengan sesi Penyerahan Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Zakat dan Tazkirah Ramadan. YAB Perdana Menteri juga turut beramah mesra bersama penduduk sekitar yang hadir ke majlis tersebut.

Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN dan Ketua- Ketua Jabatan serta Pengurusan Tertinggi KDN.

#KDNMadani
#KementerianDalamNegeri
#KeselamatanTanggungjawabBersama

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help