Majlis Berbuka Puasa Bersama Generasi Muda Lenggong

April 8, 2024

“Perumahan Generasi Muda Lenggong akan dibina di Kawasan Parlimen Lenggong”

Lebih 1000 orang Generasi Muda Lenggong berbuka puasa bersama YB Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri ( KDN ) di KKTM MARA Lenggong.

” Saya ucapkan terima kasih dan selamat datang ke Jamuan Berbuka Puasa Generasi Muda Lenggong pada petang ini. Kehadiran yang ramai ini, bermakna Anak Muda Lenggong memang hebat, luar biasa , bersatupadu untuk bersama membangunkan Kawasan Parlimen Lenggong ”

” Hari ini, kita berhimpun dan bertemu selain berbuka puasa. Pertemuan kita di Dewan Besar KKTM MARA ini adalah lambang kesepakatan kita Generasi Muda Lenggong dan keinginan kita mahu bersama memajukan Kawasan Parlimen Lenggong yang semua kita sayangi ”

Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Kawasan Geopark. Kita sedang berusaha agar seawal 2026 nanti Lenggong akan diangkat sebagai UNESCO Global Geopark. Banyak manfaannya kepada kita dari segi pembangunan ekonomi terutama sektor pelancongan.

Saya juga ambil kesempatan pada majlis ini untuk mengumumkan bahawa, setelah saya berbincang dengan YAB Dato Seri Saarani Mohamad Menteri Besar Perak.

Dan kami memahami keinginan Generasi Muda Kawasan Parlimen Lenggong. Oleh itu Perumahan Geneasi Muda Lenggong yang melibatkan pembinaan 600 rumah pelbagai kategori termasuk rumah kedai, kawasan permainan, dewan, kawasan rekriasai akan di dirikan di Kawasan DUN Kenering iaitu berhampiran MRSM Gerik Mukim Kenering di kawasan seluas 57.5 ekar. Projek ini telahpun diluluskan oleh Lembaga Perumahan Perak dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak.

Kita akan jual rumah ini dengan harga mampu milik disamping menyediakan 50 unit rumah untuk mereka yang kurang bekemampuan.

Jadi kawasan Perumahan Generasi Muda Lenggong di Mukim Kenering ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam.

Selain itu PPR Kg Chain Lenggong yang terbengkalai akan turut diteruskan walaupun jumlah unit rumah hanya akan melibatkan 150 unit sahaja.

Saya harap ia akan membantu menyediakan perumahan kepada generasi muda Kawasan Parlimen Lenggong.

JAMUAN BERBUKA Generasi Muda Lenggong bersama YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Ahli Parlimen Lenggong yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri ( KDN ) dihadiri lebih 1000 anak muda. Mereka terdiri daripada pelbagai Persatuan, Kelab dan NGO, Pemuda dan Puteri UMNO Lenggong, serta pelbagai kumpulan anak muda yang lain termasuk anak anak muda perantauan yang balik bercuti sempena Aidil Fitri di Lenggong.

Terus bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Penyelia Kanak KEMAS Lenggong, Pegawai RELA Lenggong dan Gerik, Penghulu Penghulu, Pimpinan Pemuda & Puteri UMNO lenggong dan lain lain.

Majlis dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan kerjasama pelbagai pihak yang lain.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help