Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri 2023

December 11, 2023

Putrajaya, 11 Disember 2023 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri 2023 yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya.

Majlis yang dianjurkan bersama Kelab KDN ini adalah untuk memberi penghargaan atas komitmen warga KDN dalam menjayakan pelbagai inisiatif dan program kementerian. Ia juga bagi meningkatkan motivasi warga KDN dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada tahun mendatang.

Pelbagai aktiviti seperti pertandingan persembahan antara sektor di KDN iaitu sektor KSU, sektor keselamatan, sektor pengurusan dan sektor kawalan & dasar. Sektor Keselamatan telah dinobatkan sebagai juara dengan persembahan tarian serta nyanyian berkumpulan.

Turut diadakan pelbagai aktiviti lain seperti cabutan bertuah, ‘best dress’ dan peesembahan artis jemputan diiringi Kombo PDRM.

Hadir sama YBhg. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri , YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN, YDH Tan Sri IGP Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN (mantan YDP Kelab KDN) YBrs Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN merangkap Yang Dipertua Kelab KDN, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN merangkap Timbalan YDP 1 Kelab KDN, Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi KDN.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help