Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 & Persaraan AADK

June 17, 2026

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Persaraan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Majlis tersebut meraikan pegawai dan anggota AADK yang mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2025 serta menghargai jasa mereka yang bakal memasuki alam persaraan setelah bertahun-tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada majlis itu mencerminkan penghargaan serta pengiktirafan kepimpinan kementerian terhadap sumbangan warga AADK dalam usaha membanteras ancaman dadah di negara ini.

Majlis anugerah seumpama ini merupakan mekanisme penting dalam memupuk semangat kecemerlangan serta menghargai khidmat bakti warga AADK yang sentiasa berada di barisan hadapan menangani gejala dadah demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help