Majlis Anugerah Kecemerlangan KDN 2025 Peringkat Negeri Sarawak

June 13, 2026

KUCHING – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2025 bagi jabatan dan agensi di bawah KDN peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kuching pada Jumaat malam.

Majlis yang dianjurkan bersama KDN dan Jabatan Penjara Malaysia itu meraikan seramai 383 orang pegawai cemerlang jabatan dan agensi di bawah KDN bagi tahun 2025, termasuk seorang pegawai daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang menerima Sijil Khas Kecemerlangan.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah serta mengingatkan para pegawai supaya sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Turut memeriahkan majlis gilang-gemilang tersebut ialah Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Majlis anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga kerja KDN di seluruh negara dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang tahun 2025.

Selesai majlis yang bermula pada jam 8 malam itu, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar terus pulang ke Semenanjung dan menuju ke kawasan Parlimen Lenggong bagi menghadiri program pada awal pagi keesokan harinya, memperlihatkan komitmen beliau yang tidak mengenal penat dalam melaksanakan tanggungjawab di peringkat kementerian mahupun kawasan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help