Majlis Amanat YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, KDN Bagi Tahun 2024

January 9, 2024

9 Januari 2024 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan amanat bagi memperkasakan dan mengekalkan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara sebagai tugas hakiki dalam Kementerian Dalam Negeri.

Majlis Amanat YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2024 ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), YDH Tan Sri IGP Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara serta Setiausaha – Setiausaha Bahagian bersama Warga KDN yang telah diadakan di Auditorium, Setia Perkasa, Putrajaya hari ini.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help