Lupakan Tun M, Anwar Demi Masa Depan Malaysia

February 24, 2022

JOHOR BAHRU: Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyeru semua pihak melupakan watak seperti Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi pembangunan negara ini.

Beliau berkata, meskipun Dr. Mahathir berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, jasanya adalah kerana jawatan itu diangkat UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kini dihina serta ingin beliau kuburkan.

“Malangnya apabila diangkat semula sebagai Perdana Menteri bagi tempoh 22 bulan, Tun Mahathir bersama PH menyaksikan begitu banyak kerosakan dilakukan oleh mereka, lalu Allah takdirkan beliau hilang kuasa pada 24 Februari 2020.

“Kenapa 22 tahun Tun Mahathir hebat sebagai Perdana Menteri? Jawapannya kerana ia didokong oleh UMNO dan BN yang dianggotainya.

“Kenapa 22 bulan berlaku banyak kerosakan kepada Malaysia? Jawapannya kerana parti yang kuat mendokongnya ialah PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Saya yakin rakyat boleh menilai semua ini. Realitinya, sudah bertahun rakyat Malaysia jadi begini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, , politik Malaysia tidak stabil dan pelbagai kesan negatif dialami Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ketika banyak negara lain yang dahulunya divbelakang kini sudah jauh meninggalkan Malaysia baik dari segi prestasi ekonomi dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk bila adanya Anwar. Kisah dan politik antara Tun Mahathir dan Anwar ini telah banyak merugikan kita apabila mereka bergaduh, berbaik, kemudian bergaduh dan bermacam karenah lagi yang semuanya memberikan kesan negatif kepada negara serta kita.

“Telitilah, banyak parti politik wujud di Malaysia kerana Tun M ahathir, Semangat 46 wujud selepas krisis pertandingan Tun Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah, PKR lahir selepas Tun Mahathir pecat Anwar, Bersatu dan Pejuang pun lahir kerana Tun Mahathir.

“Malah ramai pimpinan dipecat atau diganggu oleh Tun Mahathir. Bacalah sejarah nama-nama ini contohnya Tengku Abdul Rahman, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan ramai lagi,” katanya.

Justeru, katanya, rakyat Malaysia terutama orang Johor mesti bergerak ke depan kerana rakyat di negara ini berhak mendapat yang terbaik.

“Watak-watak seperti Tun Mahathir, Anwar dan yang menyokong mereka mesti kita tinggalkan. Mereka mesti kita buang jauh, demi Malaysia yang kita cintai. Marilah kita bina semula negeri dan negara ini untuk kestabilan masa depan kita,” ujarnya. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/lupakan-tun-m-anwar-demi-masa-depan-malaysia-shamsul-anuar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lupakan-tun-m-anwar-demi-masa-depan-malaysia-shamsul-anuar

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help