LiD’26 Dijangka Terima 50,000 Pengunjung

October 26, 2026

LENGGONG – Penganjuran Lenggong International Dialogue 2026 (LiD’26) pada 25 hingga 29 November ini dijangka menerima kehadiran 50,000 pengunjung dengan pengisian sebanyak 54 acara di Lenggong, Perak.

Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, LiD’26 turut akan disertai lebih 500 peserta antarabangsa dari 15 negara.

Menurut beliau, lebih 600 orang yang terdiri daripada anggota jawatankuasa induk, pengerusi serta urus setia akan terlibat dalam pelaksanaan program tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkongsi maklumat itu sempena Majlis Makan Malam LiD’26 di Forest Serenity, Kampung Sumpitan, di sini, pada 25 Oktober.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu diadakan bagi meraikan barisan jawatankuasa dan urus setia yang akan menggerakkan penganjuran LiD’26.

Menurut Shamsul Anuar, pertemuan secara ramah mesra itu bertujuan merapatkan hubungan dalam kalangan pihak yang terlibat bagi menjayakan program berkenaan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help