Libat Urus YB Menteri Dalam Negeri Bagi RUU Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) Pindaan 2024

June 26, 2024

Taklimat Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 telah diadakan pada 26 Jun 2024 di Bangunan Parlimen Malaysia.

YB Menteri Dalam Negeri telah memberikan penerangan mengenai cadangan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kepada Ahli Parlimen sebagai persediaan untuk pembentangan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 di Parlimen pada sesi kali ini.

Taklimat ini turut dihadiri YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

#KeselamatanTanggungjawabBersama #KementerianDalamNegeri #MalaysiaMadani #KDNMadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help