Lenggong Perkukuh Tarikan Pelancongan Memancing Di UNESCO Global Geopark
LENGGONG – Aktiviti pelancongan khususnya memancing terus menjadi antara tarikan utama di kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada pelbagai pihak termasuk komuniti setempat.
Menurut Shamsul Nasarah, pelbagai pihak mengambil kesempatan daripada populariti aktiviti ini dengan melaksanakan aktiviti ekonomi yang berkaitan, selari dengan peningkatan kehadiran pengunjung di daerah berkenaan.
Pada 19 April 2026, jam 11.20 pagi, beliau telah mengadakan lawatan ke Kampung Kelantan, Lenggong bagi meninjau cadangan pimpinan kampung untuk membangunkan sebuah kawasan rehat yang menyokong aktiviti memancing serta aktiviti lain di lokasi tersebut.
“Cadangan ini dilihat mampu menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk pemancing dan pengunjung, di samping memberi nilai tambah kepada produk pelancongan setempat,” katanya.
Inisiatif pembangunan kemudahan seperti kawasan rehat itu dijangka dapat membantu memperkukuh ekosistem pelancongan komuniti serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Lenggong.

