Lenggong Perkenal Heritage Walk Sebagai Tarikan Baharu Pelancongan Setempat
LENGGONG – Heritage Walk Lenggong diperkenalkan sebagai satu lagi lokasi baharu bagi memperkasa aktiviti pelancongan di Lenggong, Perak.
Shamsul Nasarah berkata, projek berkenaan merupakan antara inisiatif untuk memperluas produk pelancongan setempat serta menyediakan ruang yang lebih tersusun bagi aktiviti komuniti dan pengunjung.
Menurut beliau, cadangan projek itu dikemukakan dengan peruntukan awal daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Tambahnya, Majlis Daerah Lenggong kemudiannya menerima tambahan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bagi memastikan pelaksanaan projek tersebut dapat direalisasikan.
Shamsul turut menjelaskan bahawa Heritage Walk Lenggong berpotensi menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti, di samping memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan.
“Ramai usahawan berniaga dengan menjual makanan, cenderamata dan sebagainya,” katanya.
Majlis perasmian Heritage Walk Lenggong telah disempurnakan oleh beliau pada 19 April 2026 jam 9.00 malam di Lenggong, Perak.

