Lenggong Geopark Ride 2021
Lenggong Geopark Ride 2021 akan menjadi acara pelancongan dan bakal diadakan setiap tahun. Ini sebagai usaha mempromosi Lenggong Geopark Kebangsaan.
Melalui acara ini ia membantu mempromosikan Lenggong dan dengan sendirinya membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang keindahan Lenggong.
Saya menyempurnakan PROGRAM LENGGONG GEOPARK RIDE 2021 di Tasik Sandarhalu Luat Lenggong. Turut hadir Tuan Kamarul Idham Bin Kamal, Pengarah Rela Negeri Perak, SUPT Zulkifli Bin Mahmood Ketua Polis Daerah Gerik, Encik Mohd Hairil Faiz Bin Hanafiah Penolong pegawai Daerah Lenggong,Ketua ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Kepimpinan UMNO Bahagian Lenggong dan Peserta peserta yang Hadir.
Program dianjurkan oleh pejabat saya bersama Majlis Pelancongan Lenggong telah memdapat kerjasama yang sangat baik daripada pelbagai jabatan di Lenggong.