Lenggong Fokus Lahirkan Usahawan Berkualiti Menerusi Program Geoentrepreneur
LENGGONG – Usaha melahirkan usahawan tempatan yang lebih berdaya saing terus diperkukuh menerusi Kursus Usahawan Lenggong Geopark di bawah Program Geoentrepreneur Lenggong Geopark, yang berlangsung di Dewan Merdeka Lenggong, hari ini.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata inisiatif tersebut memberi penekanan kepada pembentukan usahawan yang berkualiti dan mampu bersaing dalam pasaran yang lebih luas.
“Kita mahu lahirkan usahawan Lenggong yang berkualiti dan mampu bersaing di padang yang lebih terbuka,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.
Menurut beliau, pendekatan berteraskan potensi geopark di Lenggong dilihat mampu membuka peluang baharu kepada peserta, khususnya dalam bidang keusahawanan berkaitan pelancongan, produk tempatan serta perkhidmatan sokongan.
Program itu menghimpunkan peserta dari sekitar Lenggong untuk mengikuti kursus dan pendedahan berkaitan pembangunan perniagaan, dengan matlamat memperkukuh ekosistem usahawan setempat selari dengan pembangunan Lenggong Geopark.

