Lenggong Diiktiraf Sebagai UNESCO Global Geopark

April 28, 2026

PARIS – Lenggong Geopark secara rasmi menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diangkat berstatus Lenggong UNESCO Global Geopark dalam satu majlis di Ibu Pejabat UNESCO, Paris, Perancis, pada 27 April 2026 jam 3.20 petang (waktu Paris).

Perkara itu dikongsikan oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menyifatkan kejayaan tersebut sebagai impian yang akhirnya tercapai, sambil menegaskan bahawa fokus selepas ini ialah memastikan rakyat terus meraih manfaat daripada pengiktirafan berkenaan.

“Apa yang saya impikan tercapai kini. Saya bangga dan sekarang masa memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Dalam majlis tersebut, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap ADUN Kota Tampan (Lenggong), menerima Sijil Pengiktirafan Lenggong UNESCO Global Geopark. Shamsul Nasarah turut hadir bersama Pengerusi serta Jawatankuasa Badan Pengurusan Lenggong Geopark bagi mengiringi Saarani ketika penerimaan sijil berkenaan.

Pengiktirafan ini dijangka menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pemeliharaan warisan geologi dan alam sekitar, di samping merancakkan pembangunan pelancongan serta manfaat ekonomi kepada komuniti setempat di Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help