Lenggong Dialogue 2026 Sasar 50,000 Pengunjung

August 14, 2026

KUALA LUMPUR – Lenggong Dialogue 2026 (LD’26) yang akan berlangsung dari 23 hingga 29 November 2026 disasarkan mampu menarik seramai 50,000 pengunjung ke kawasan Double Crown UNESCO iaitu Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong UNESCO Global Geopark.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Lenggong Dialogue 2026 yang diadakan pada Selasa malam di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, lebih 49 acara akan diadakan sepanjang tempoh seminggu LD’26 berlangsung, menjadikannya acara utama di kawasan dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO tersebut, satu-satunya di Semenanjung Malaysia.

Dalam mesyuarat tersebut, perbincangan khusus diadakan berhubung acara yang melibatkan penyertaan peserta antarabangsa, di mana lebih 500 peserta dari luar negara dijangka menyertai empat acara utama.

Empat acara berkenaan ialah:

1. Silang Budaya Antarabangsa Lembah Lenggong
2. Simposium Pemimpin Muda Malaysia-Indonesia
3. ASEAN Youth Leaders
4. Kerjasama Kaldera Toba Medan Indonesia dan Lenggong UNESCO Global Geopark

LD’26 dilihat sebagai platform strategik untuk mengangkat potensi Lembah Lenggong di persada antarabangsa, sejajar dengan pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark yang diterima secara rasmi pada 28 April 2026 di ibu pejabat UNESCO, Paris.

Kawasan Lembah Lenggong merupakan satu-satunya lokasi di Semenanjung Malaysia yang memiliki dwi-pengiktirafan UNESCO, iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 dan UNESCO Global Geopark sejak April 2026.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help