Lawatan YAB Perdana Menteri Ke CCRC Karak, Pahang

January 23, 2026

BENTONG, 22 Jan — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini turun padang meninjau kemajuan projek pembinaan dan naik taraf Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Karak, Pahang. Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual serta menepati spesifikasi yang ditetapkan kerajaan.

Ketibaan Anwar sekitar jam 3 petang disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bersama beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Datuk Hafizah Zakaria. Dalam sesi taklimat, Datuk Hafizah memaklumkan status semasa projek dan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan penyelesaian mengikut jadual.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Dato’ Seri Azman Ibrahim, turut mengadakan lawatan ke tapak projek pada 21 Januari. Beliau menegaskan keperluan pemantauan rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menasihatkan kontraktor agar memberi komitmen penuh demi memastikan projek siap mengikut perancangan tanpa mengabaikan aspek kualiti serta keselamatan.

Projek naik taraf CCRC Karak dijangka siap tahun ini, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh fasiliti pemulihan penagih dadah dan menangani isu penagihan secara lebih berkesan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help