Lawatan Tapak Projek Padang Lawin Di Arena Amanjaya Lawin

December 23, 2022

Saya diberikan taklimat berkaitan projek naik taraf padang di Pekan Lawin oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Belia Sukan Malaysia. Hadir dalam taklimat ini ialah :

MOHD SOUFI BIN MOHD IBRAHIM
Pengarah JBSN Perak

MOHD AMRI SAIFULLAH BIN A RAHMAN
Jurutera Awam (KBS)

RIDZUAN BIN NAN
Juruukur Bahan (KBS)

OMAR FAZILAH BIN MOHD
Penghulu Mukim Kenering

MOHD BIN MAT ZAIN
Jabatan Belia dan Sukan Perak

MUHAMMAD NOR AZMAN BIN MOHD NADZRI
Pembantu Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak

Harapan saya dan rakyat di sini agar KBS memilih kontraktor pelaksana yang baik bagi menjamin projek ini dilaksanakan dengan sempurna. Saya yakin KBS sedang lakukan yang terbaik selepas ini.

CATATAN
Pembinaan Padang Awam di Pekan Lawin telah menjadi isu akibat kegagalan Kontraktor di lantik sebelum ini yang tidak dapat melaksanakan projek sebagaimana sepatutnya. Keadaan menyebabkan kemudahan sukan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh masyarakat terutama golongan muda serta padang untuk kegunaan pelajar sekolah di kawasan ini terganggu dan menjadi rungutan pelbagai pihak.

Sebagai Ahli Parlimen disini saya sendiri telah dipersalahkan kerana masalah ini. Ia menjadi salah satu isu waktu PRU15.

Diakibatkan kegagalan kontraktor sebelum ini. KBS akhirnya terpaksa membuat tender semula November lalu. (KBS perlu memilih Kontraktor Penyiap/ Penyelamat).

Oleh itu, saya bersama Jabatan berkaitan akan mantau perlaksanaan projek ini kerana ia melibatkan peruntukan daripada wang rakyat dan perlu diselesaikan mengikut jadual.

Kerana sebagai Wakil Rakyat saya mesti bertanggungjawab memastikan setiap atau mana mana projek kerajaan melibatkan kepentingan rakyat dilaksana mengikut jadual dan mengikut peraturan yang sepatutnya.

Terima kasih KBS dan semua yang membawa projek ini. Apapun kepentingan rakyat mestilah sama kita utamakan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help