Lawatan & Sesi Ramah Mesra Bersama Ketua Polis Daerah IPD Jelebu

July 28, 2026

JELEBU – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah melaksanakan lawatan rasmi dan sesi ramah mesra bersama Ketua Polis Daerah (OCPD) IPD Jelebu serta seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Negeri Sembilan pada pukul 12.00 tengah hari.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar telah dibawa meninjau keadaan serta kemudahan sedia ada di IPD Jelebu. Beliau turut menerima taklimat terperinci mengenai operasi, pentadbiran serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh pasukan keselamatan di daerah berkenaan.

Lawatan rasmi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Timbalan Menteri dalam memantau keadaan dan keperluan aset-aset keselamatan di seluruh negara, khususnya di peringkat daerah yang menjadi barisan hadapan dalam menjaga ketenteraman awam.

Sesi ramah mesra yang turut diadakan memberikan peluang kepada beliau untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota keselamatan serta mendengar maklum balas berkaitan cabaran tugas harian mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat terjamin.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help