Lawatan Rasmi Ke Forest Serenity Resort Sumpitan

September 8, 2026

LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah melakukan lawatan rasmi ke Forest Serenity Resort Sumpitan, Lenggong setelah beberapa kali menerima pelawaan untuk meninjau kemudahan yang disediakan di resort berkenaan.

Ahli Parlimen Lenggong itu menyatakan rasa teruja dan gembira kerana pelbagai pihak termasuk sektor swasta dilihat komited dalam menyokong usaha membangunkan sektor pelancongan di Lenggong.

“Saya sangat teruja dan gembira kerana pelbagai pihak menyokong usaha membangunkan sektor pelancongan di Lenggong. Tahniah kerana beberapa kemudahan di Forest Serenity Resort Sumpitan Lenggong membolehkan beberapa program berskala besar dapat diadakan di sini,” kata beliau.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut mengumumkan bahawa beberapa acara Lenggong International Dialogue 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 26 November 2026 akan diadakan di resort tersebut.

Pemilihan Forest Serenity Resort Sumpitan sebagai salah satu lokasi penganjuran dialog antarabangsa berkenaan mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan kemudahan yang disediakan dalam menampung program berskala besar.

Penganjuran Lenggong International Dialogue 2026 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memanfaatkan potensi Lenggong yang kini memiliki dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 dan UNESCO Global Geopark yang diperoleh pada April 2026.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help