Lawatan Meninjau Kerja-Kerja Menaiktaraf Laman Budaya Pelancongan Lenggong

July 22, 2026

LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan kerja-kerja menaiktaraf Laman Budaya Pelancongan Lenggong. Lawatan ini bertujuan untuk memantau perkembangan pelaksanaan projek naiktaraf yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan serta memastikan ia berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Dalam lawatan tersebut, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa projek menaiktaraf Laman Budaya Pelancongan Lenggong merupakan satu usaha penting dalam memartabatkan warisan budaya dan sejarah Lenggong yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau menyatakan bahawa pembangunan laman budaya ini perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan nilai warisan serta keunikan Lenggong dapat dipelihara dan dipersembahkan dengan lebih baik kepada para pelancong.

Laman Budaya Pelancongan Lenggong merupakan salah satu aset pelancongan penting di daerah Lenggong yang mempunyai potensi besar untuk menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara, sejajar dengan pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help