JunLawatan, Mendengar Taklimat Dan Berbincang Pelbagai Perkara Berkaitan Makmal Kultur Tisu

June 3, 2020

Di MAKMAL KULTUR TISU FRIM.

Saya mengadakan lawatan, mendengar taklimat dan berbincang pelbagai perkara berkaitan Makmal Kultur Tisu.

Bersama saya ialah KSU KeTSA, Timbalan KSU KeTSA, KP FRIM dan pegawai KeTSA serta FRIM.

Makmal Kultur Tisu FRIM ditubuhkan pada 1984 untuk membangunkan protokol kultur tisu bagi spesies-spesies hutan. Sehingga kini sebanyak 90 protokol kultur tisu untuk pelbagai spesies telah dibangunkan oleh makmal kultur tisu dan juga makmal biousahawan.

Selain daripada penyelidikan, Makmal Kultur Tisu dan biousahawan FRIM memberi perkhidmatan kontrak penyelidikan, penghasilan anak pokok untuk penjualan, pemindahan teknologi dan perundingan.

Makmal tersebut juga bertindak sebagai ‘Bank Kultur Tisu’ bagi pokok gaharu/karas (Aquilaria malaccensis), Eucalyptus sp., tongkat ali (Eurycoma longifolia), kacip fatimah (Labisia pumila), orkid, halia, kunyit dan banyak lagi. Kultur dan anak pokok sering digunakan dalam penyelidikan serta penghasilan bahan tanaman untuk penubuhan hutan ladang bagi menyokong industri herba dan perkayuan negara selain untuk konservasi bagi spesies terancam.

Makmal berstatus Bionexus Partnership sejak 2008 oleh Bioeconomy Corporation ini membekalkan perkhidmatan kultur tisu kepada syarikat bionexus. Ia telah memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 60 syarikat serta institut atau jabatan lain seperti Felcra, Lembaga Nenas dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dari segi pemindahan teknologi, penjualan bahan, kolaborasi dan perundingan.

Saya gembira FRIM melakukan usaha secara berterusan memastikan agar pokok pokok di negara kita tidak pupus melalui penghasilan benih dan anak pokok.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links