Lawatan Kerja Shamsul Nasarah Ke Pejabat Imigresen Malaysia Di London

March 12, 2026

LONDON – Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Imigresen Malaysia di London pada jam 3.00 petang. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja beliau di United Kingdom, bertujuan meninjau secara langsung operasi serta perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat Imigresen Malaysia di luar negara.

Sepanjang lawatan tersebut, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah dibawa meninjau fasiliti dan ruang kerja pejabat Imigresen, di samping diberikan taklimat terperinci berkaitan operasi harian, cabaran yang dihadapi, serta langkah-langkah penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan. Taklimat tersebut turut merangkumi aspek pengurusan permohonan visa, pasport, serta perkhidmatan kepada rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom.

Beliau turut mengambil peluang untuk berinteraksi dengan pegawai dan kakitangan pejabat Imigresen, mendengar pandangan serta cadangan mereka dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat Malaysia di perantauan. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menzahirkan penghargaan atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga pejabat Imigresen Malaysia di London.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh lagi sistem penyampaian perkhidmatan Imigresen Malaysia di luar negara, selain memastikan kebajikan dan keperluan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help