Sepanjang hujung minggu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri beberapa program di Sabah.
Antaranya program Ramah Mesra bersama anggota RELA Kalabakan dan Tawau pada 16 Oktober.
“Saya hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Warga RELA Tawau & Kalabakan Sabah.
“Hadir sama dalam majlis ini ialah Pegawai Kanan RELA Ibu Pejabat dan RELA Negeri Sabah.”

Shamsul kemudiannya hadir program Ramah Mesra Santai di DUN Balung Tawau.
“Saya dijemput hadir ke program Ramah Mesra Santai Bersama Masyarakat di Batu 17, Jalan Bukit PDM Andrassy DUN Balung, Tawau.
“Ramai yang hadir terutama generasi muda disamping Ketua UMNO Bahagian Tawau & pimpinan UMNO Bahagian Tawau Sabah dan DPM Andrassy DUN Balung, Tawau.”

Keesokan harinya Shamsul melakukan lawatan Kerja dan Ramah Mesra BATALION 14 PGA Tawau, Sabah.
“Ramai anggota pelbagai pangkat hadir dalam Lawatan Kerja & Ramah Mesra saya bersama Bersama Pegawai & Anggota PGA Batalion 14 Tawau.”
Hadir sama ialah YDH ACP Ahmad Radzi Hj Hussain Pemangku Komander Briged Sabah PGA , YDH SUP Anselinus Marcus Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau , En Ghazali Ansing dan lain-lain Pegawai Batalion 14 PGA Tawau Sabah.

Kemudian disusuli dengan program Ramah Mesra Bersama Pegawai dan Anggota di Batalion 17 PGA Lahad Datu, Sabah.
“Meneruskan Lawatan Kerja saya ke Sabah hari ini 17.10.2025 Jam 300pm saya mengadakan lawatan kerja ke Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan anggota pasukan yang menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.”
Menurut Shamsul dalam ucapannya, Batalion 17 terus menunjukkan komitmen tinggi melalui kejayaan operasi dengan nilai rampasan melebihi RM27.8 juta selain aktif dalam misi kemanusiaan dan program Community Policing.
“Kawasan Pantai Timur Sabah selamat dan hasil kerjakuat ESSCOM yang dianggotai pelbagai Jabatan dan Agensi termasuk Pasukan PGA Batalion 17 PGA Lahad Datu Sabah.”
Ramai anggota pelbagai peringkat hadir ke pertemuan bersama warga Batalion 17 PGA Lahad Datu Sabah.

Sebelah malam, Shamsul mengadakan perjumpaan bersama pimpinan UMNO Bahagian Lahad Datu.
“Malam ini kesempatan saya berada di Lahad Datu saya sempat bertemu dengan pimpinan UMNO Bahagian Lahad Datu dan mengadakan perjumpaan dengan 7 PDM dalam DUN Silam.
“Saya diberikan taklimat serta saya mengambil kesempatan menyampaian beberapa pandangan bagi membolehkan di PRN ini BN kembali memenangi pilihanraya di kawasan di tandinginya.”



