Lawatan Kerja Rasmi & Ramah Mesra Di IPD Sandakan
SANDAKAN, 24 November 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi serta menghadiri Program Ramah Mesra bersama dengan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, Sabab. Turut serta menyambut kehadiran beliau, YDH ACP George bin Abd. Rakman, Ketua Polis Daerah Sandakan.
Lawatan ini menzahirkan komitmen teguh KDN untuk memperkasakan kesiapsiagaan, kebajikan serta kekuatan barisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Zon Sandakan yang memainkan peranan strategik keselamatan negeri dan negara.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa KDN sentiasa memastikan kebajikan, keupayaan logistik dan keselamatan anggota PDRM yang diberikan perhatian tuntas. Pengorbanan anggota barisan hadapan merupakan benteng utama ketenteraman rakyat.
Program ini turut memberikan ruang kepada:
🔹 perbincangan isu keselamatan semasa;
🔹 maklum balas terus daripada anggota lapangan;
🔹 pengukuhan hubungan kepimpinan KDN dengan PDRM; dan
🔹 penyampaian penghargaan kepada pegawai dan anggota cemerlang.
Kehadiran YB Timbalan Menteri Dalam Negeri ini mengukuhkan penghargaan KDN kepada PDRM sebagai teras keselamatan negara.

