Lawatan Kerja Ke Penjara Satelit Kuala Kangsar
Penjara Satelit seluruh negara mula beroperasi pada 1 April 2021 dan sehingga kini masih beroperasi sebagai penjara bagi penerimaan banduan baharu sebelum di hantar ke penjara-penjara utama.
Antara fungsi Penjara Satelit ini adalah untuk membuat dokumentasi banduan dan juga menjalankan saringan kesihatan dan keselamatan. Keberkesanan Penjara Satelit antaranya dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain dalam penjara utama serta mengurangkan kesesakan penjara itu sendiri.
Memang menjadi hasrat Jabatan Penjara Malaysia untuk mengurangkan kesesakan dan ianya perlu sejajar dengan perancangan strategik Jabatan 2020 hingga 2025.
Dalam pada itu, Jabatan Penjara Malaysia akan terus meningkatkan Program Pemulihan Dalam Komuniti seperti Sistem Parol, Program Reintegrasi Penghuni, Pelepasan Banduan Secara Lesen dan pelaksanaan
hukuman alternatif iaitu Perintah Kehadiran Wajib bagi mengatasi kesesakan tersebut.
Jabatan Penjara Malaysia akan terus memantau dan mengambil tindakan proaktif bagi mengatasi masalah tersebut secara berfokus.
Secara keseluruhannya, kapasiti Penjara Satelit sebanyak 5,150 telah mampu mengurangkan 8.1% kesesakan yang dialami penjara dan mengekalkan kesesakan ketika ini pada kadar 12.61%.
Hari ini saya mengadakan Lawatan Kerja ke Penjara Satelit Kuala Kangsar, bagi meninjau secara lebih mendalam keadaan penjara berkenaan.
Lawatan saya disambut :
a.Yang Berbahagia Dato’ Abdul Aziz Bin Abdul Razak
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia
b. Yang Berusaha Tuan Muabir Bin Ibrahim
Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Anti Dadah Dan RELA
c. Yang Berusaha KP Haji Fuadzi Bin Awang
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen
Jabatan Penjara Malaysia
d. Yang Dihormati TKP Charin Promwichit A/L Chem
Pengarah Penjara Negeri Perak
e. Yang Di Hormati Tuan Mohd Nazib Bin Che Din
Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan
Kementerian Dalam Negeri
f. Pegawai-Pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian
Turut bersama saya dalam lawatan ini ialah Ybhg Datuk Mohd Arip Abdul Majid.