Lawatan Kerja Ke Jabatan Imigresen Negeri Pahang Cawangan Cameron Highlands

April 18, 2024

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Imigresen Negeri Pahang, Cawangan Cameron Highlands hari ini.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh petugas imigresen cawangan Cameron Highlands di samping beramah mesra dengan pelanggan yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan di situ yang rata-ratanya berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diterima.

Beliau telah diberi taklimat oleh YBrs. Tn. Mohd Hatta bin Kassim, Pengarah Imigresen Negeri Pahang tentang operasi Pejabat Imigresen Daerah Cameron Highlands meliputi senarai urus niaga, statistik RTK 2.0 dan sebagainya. Selain itu, beliau turut melawat kuarters Imigresen Cameron Highlands yang terdiri daripada tujuh unit rumah kediaman jenis pangsapuri.

Yang turut hadir ialah YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, YBrs. En. Anuar Zaki bin Bakar, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen dan YBrs. Tn. Harun Narasid bin Abdul Aziz, Ketua Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#KementerianDalamNegeri

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help