Lawatan Kerja Ke IPD Hulu Selangor & Balai Polis Kuala Kubu Bharu Selangor

May 6, 2024

KUALA KUBU BHARU – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke IPD Hulu Selangor dan Balai Polis Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau kebajikan serta kedua-dua fasiliti di IPD dan Balai Polis berkenaan secara lebih dekat. Di samping itu, beliau turut berkesempatan menyantuni dan beramah mesra dengan kakitangan di situ.

Turut hadir SAC Salim bin Youb, Ketua Cawangan Khas Selangor, SAC Mohd Padzli bin Mohd Zain, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, serta Supt. Ahmad Faizal bin Tahrim, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#KDN_TogetherWeAreOne
#MalaysiaMADANI

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help