JunLawatan Ke Pusat Teknologi Herba (HTC) FRIM

June 3, 2020

PUSAT TEKNOLOGI HERBA ( HTC ) Di FRIM

Saya melakukan lawatan ke Pusat Teknologi Herba (HTC) FRIM.

HTC ditubuhkan pada 2005 untuk menyediakan perkhidmatan pemprosesan herba dan penghasilan produk siap kepada pengusaha herba. Ia telah dikenalpasti sebagai salah satu pusat kecemerlangan di FRIM yang memainkan peranan utama dalam menyokong industri herba.

Fasiliti HTC dibangunkan mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan HALAL untuk menyediakan perkhidmatan pemprosesan dan pengilangan produk berdaftar kepada para pengusaha dalam industri herba.

Baru-baru ini, kemudahan fasiliti pengekstrakan HTC telah dipertingkatkan bagi menampung permintaan pasaran pengusaha herba yang semakin meningkat.

Fasiliti yang dinaiktaraf ini akan dapat mempertingkatkan tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk-produk herba ini, dan dapat memperkukuhkan kepercayaan awam terhadap industri herba negara seterusnya mempertingkatkan daya saing industri herba di pasaran tempatan dan antarabangsa.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links