Lawatan Ke Maritim Negeri Kedah & Perlis

August 4, 2023

Hari ini saya mengadakan lawatan ke APMM Kedah Perlis. Lawatan saya disambut oleh Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksmana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli bin Mustafa.

Lawatan saya dimulakan dengan Majlis menandatangani buku lawatan di Perkarangan Pejabat Pengurusan dan seterusnya ucapan aluan daripada Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksmana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Majlis diteruskan dengan taklimat pengoperasian Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di bilik mesyuarat yang disampaikan oleh Kepten Maritim Mohd Khairi bin Abdul Aziz, Pengarah SWASLA.

Saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Maritim Malaysia di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Turut hadir Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pemantauan Maritim, Laksmana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, dan Tuan Shamril Faizalis bin Shamsul Bahari, Timbalan Setiausha Bahgian II, Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help