Lawatan Ke Laman Budaya Majlis Pelancongan Lenggong

August 6, 2026

LENGGONG – Program Lenggong Dialog 2026 (LD’26) akan berlangsung selama enam hari bermula 24 hingga 29 November 2026, dengan jangkaan kehadiran melebihi 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, LD’26 yang bertemakan “Warisan Dipelihara, Alam Dilestari, Generasi Dijana” akan menampilkan lebih 49 acara sepanjang tempoh penganjurannya.

Beliau berkata, program tersebut akan menerima penyertaan peserta antarabangsa dari pelbagai negara termasuk Russia, Indonesia, Singapura, Brunei, Bangladesh, Thailand serta beberapa negara dari benua Eropah, selain peserta dari seluruh Malaysia.

“Kita akan menjadikan LD’26 acara pelancongan terbesar di Lenggong,” kata beliau.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar berkata demikian ketika membuat lawatan ke Laman Budaya di sini, yang merupakan antara lokasi utama bagi penganjuran LD’26.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Lenggong ini dijangka memberi impak signifikan kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, sekali gus memperkukuh kedudukan Lenggong yang kini memiliki dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO iaitu sebagai Tapak Warisan Dunia sejak 2012 dan UNESCO Global Geopark yang diiktiraf pada April 2026, menjadikannya satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang menerima dua status antarabangsa tersebut.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help