Lawatan Bersama SESB Dan ST Sabah Ke Kampung Di Sepanggar, Sabah

September 17, 2020

Saya mengadakan lawatan bersama SESB dan ST Sabah ke kampung atas air, Kg Numbak dan Kg Suang Parai, Sepanggar, Sabah. (kawasan setinggan)

Saya diberikan taklimat oleh SESB berkenaan data bekalan letrik di kawasan ini dan cadangan independent power distributor (IPD) bagi mengatasi isu-isu berkaitan. Manakala Suruhanjaya Tenaga (ST) memberikan taklimat isu kecurian bekalan dan impak sambungan haram seperti kemalangan letrik (maut) terutama kanak-kanak dan penjawat awam yg menjalankan tugas, isu kebakaran, gangguan bekalan dan kerugian kepada SESB.

Melihat kepada semua isu ini saya meminta ST dan SESE bersama sektor Tenaga KETSA membuat cadangan segera untuk penyelesaian menyeluruh dilakukan demi rakyat Sabah.

#sesb #ketsa

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links