Lawatan Akademi Lenggong Dialog 2026 Tonjol Potensi Geopelancongan & Pendidikan

April 3, 2026

LENGGONG – Lawatan Akademi ke kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO telah dilaksanakan pada 2 April 2026 di bawah Program Lenggong Dialog 2026.

Program berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pelancongan Lenggong, Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Geokomuniti Lenggong Geopark, dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Lenggong serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong.

Matlamat utama penganjuran Lawatan Akademi ini adalah untuk menjadikan kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark sebagai “Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka”, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai platform pembelajaran serta rujukan berasaskan komuniti.

Lawatan tersebut disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dari seluruh negara, antaranya:

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Sains Malaysia (USM)
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
10. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
11. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13. Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)
14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
15. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
16. Universiti Islam Selangor (UIS)
17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18. Sunway University
19. Taylor University
20. Quest University

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help